CARA PERYERTAAN
Langkah 1: Beli mana-mana produk TC BOY minima RM10
Langkah 2: Hantarkan gambar resit bukit pembelian dan Whatapp ke 017-4192488
Langkah 3: Sertakan Bersama maklumat peribadi anda untuk menebus Sampul Raya TC BOY
TERMA DAN SYARAT JOM KUMPUL SAMPUL RAYA TC BOY
TARIKH: 13 April 2021 – 11 Jun 2021
1.Jom Kumpul Sampul Raya TC BOY ini melibatkan semua Pasaraya atau Kedai yang menjual produk TC BOY dan juga kedai atas talian TC BOY yang rasmi.
2.Jom Kumpul Sampul Raya TC BOY ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 13 April 2021) kecuali kakitangan penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan / atau berkaitan, pengedar-pengedar dan promosi pihak penganjur.
3.Jom Kumpul Sampul Raya TC BOY ini bermula daripada 13 April 2021 – 11 Jun 2021 (Tempoh Penebusan). Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung aktiviti ini pada bila-bila masa dalam tempoh penebusan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
4.Pelanggan yang terlibat dalam Jom Kumpul Sampul Raya TC BOY ini bersetuju untuk menerima sebarang promosi atau aktiviti daripada TC BOY Malaysia pada masa akan datang.
5. Untuk sertai Jom Kumpul Sampul Raya TC BOY:
a.Pembelian di Pasaraya atau Kedai yang menjual produk TC BOY.
(i) Pelanggan mestilah membeli mana-mana produk TC BOY minima RM 10 dalam satu resit di mana-mana pasaraya atau kedai yang menjual barangan produk TC BOY. Setiap resit melayakkan pelanggan untuk menghantar satu (1) penebusan melalui aplikasi Whatsapp dan sertai Jom Kumpul secara automatik.
(ii) Hantarkan gambar resit bukti pembelian dan Whatsapp ke 017-4192488.
(iii) Kemudian, hantarkan bersama maklumat peribadi anda nama, alamat dan nombor telefon untuk membuat penebusan Sampul Raya TC BOY.
(iv) Pelanggan dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak Whatsapp tetapi setiap penebusan mestilah disertakan dengan butiran yang diperlukan dan resit tunggal yang berlainan bagi setiap penebusan.
(v) Pelanggan tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) Whastapp dengan resit tunggal yang sama kepada penganjur.
(vi) Penganjur hanya menerima resit bercetak asal. Salinan resit atau resit cetak semula tidak akan diterima. Resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima.
b.Pembelian secara atas talian
(i) Pelanggan boleh melayari TCBM Online Store di Shopee dan Lazada, atau laman web rasmi TC BOY Malaysia.
(ii) Lakukan pembelian mana-mana produk TC BOY di platform tersebut minima RM 10.
(iii) Penganjur akan menggunakan maklumat pembelian pelanggan, dan Sampul Raya terus dihantar bersama dengan pembelian minima RM10.
c. Penebusan akan bermula pada pukul 10:00 Pagi dan akan tamat pada pkul 12:00 Tengah Malam setiap hari.
d. Memandangkan talian 017-4192488 adalah talian khas yang disediakan oleh penganjur, TIADA perakuan penerimaan akan dihantar oleh penganjur berkaitan semua penebusan yang dikemukakan. Sebarang pertanyaan / panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan.
e. Penganjur tidak akan membayar balik kepada pelanggan apa-apa caj yang dikenakan untuk menghantar penebusan, jika ada.
f. Pelanggan hanya boleh menyertai peraduan ini melalui Whatsapp sahaja.
g. Pihak penganjur dan syarikat yang terlibat dalam peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran atau gangguan mesej Whatsapp dan tidak akan dipertanggungjawab untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang peraduan ini.
6.Penebusan Sampul Raya
a. Setelah penganjur menerima maklumat peribadi peserta, penganjur akan menyediakan sampul raya untuk dihantar kepada peserta.
b. Pelanggan akan menerima Sampul Raya dalam masa 1 Bulan dari tarikh pengeposan.
c. Pemberian Sampul Raya mengikut koleksi mingguan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
d. Penebusan Sampul Raya terhad untuk 800 orang terawal sahaja untuk setiap koleksi mengikut minggu tertentu.
e. Pelanggan hanya layak menebus satu sampul raya dengan satu resit pembelian.
f. Pelanggan tidak dibenarkan untuk membuat pemilihan sampul koleksi tertentu atau menukar koleksi tertentu.
g. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh penganjur, pelanggan tidak diberi hak untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos perbelanjaan yang ditanggung oleh pelanggan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan penebusan oleh penganjur.
h. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kerugian dalam proses pelanggan untuk menerima Sampul Raya TC BOY. Pelanggan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kerugian atau pemulangan kos yang telah dikeluarkan.
7. Pemberitahuan Privasi Data Peribadi untuk Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA’)
Dengan mematuhi undang-undang Malaysia, para pelanggan dengan ini bersetuju dan membenarkan penganjur mengumpulkan, memproses dan menyimpan butiran yang diperlukan dan / untuk mendedahkan data peribadi penganjur kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjalankan aktiviti ini. Untuk menarik diri dari aktiviti ini setelah memberi persetujuan, para pelanggan mesti memberi notis penarikan diri secara bertulis dan diberikan kepada pihak penganjur sebelum akhir tempoh peraduan.